Assalamualaikum. Salam
sejahtera.
Setiap pelajar siswazah pasti mempunyai masalah tersendiri dalam proses
pembelajaran sarjana mahupun PhD. Saya juga tidak terkecuali juga seperti itu
juga pada suatu ketika dahulu.
Antara masalah yang biasa berlaku dan sering kedengaran dalam kalangan kita
adalah seperti berikut:
Bagaimana mahu kekalkan momentum?
Bagaimana untuk
menguruskan masa?
Bagaimana untuk
bermula?
Bagaimana untuk
menulis?
Bagaimana untuk
mengatasi stress?
Bagaimana untuk
membuat pembentangan?
Bagaimana untuk
siapkan tugasan "on time"?
Bagaimana untuk
membuat persediaan viva?
Bagaimana untuk membuat persediaan viva?
Banyak betul persoalan yang timbul. Ada yang langsung tidak terjangka difikiran
pun ada.
Persoalan ini akan berulang bagi setiap generasi. Boleh jadi bentuknya berbeza, namun pasti ada sedikit sebanyak persamaan yang boleh dijadikan panduan kepada rakan siswazah yang lain.
Lantaran memikirkan ada sesuatu yang perlu dikongsi bersama rakan seperjuangan yang bertanya, buku "Strategi Graduate on Time PhD" dihasilkan untuk tatapan pembaca sekalian.
Jika ada yang bertanya berapa lama saya menghabiskan pengajian PhD? Jawapannya alhamdulillah saya berjaya selesaikan dalam tempoh tiga tahun.
Perjalanan PhD yang berulang-alik dari Kedah ke Terengganu dalam tempoh tiga tahun sangat berbaloi. Saya juga sempat melahirkan dua orang bayi lelaki dalam tempoh pengajian tanpa penangguhan semester. Ini hanya pengenalan ringkas diri saya.
Apa yang mahu saya katakan kepada anda berdasarkan pengenalan diri yang ringkas ini? Satu sahaja. "Jika saya boleh, anda juga pasti boleh."
Strategi belajar dalam buku ini disusun berdasarkan pengalaman dan pengamatan peribadi penulis sendiri melalui proses pembelajaran PhD dalam masa tiga tahun. Setiap kesukaran yang umumnya dialami oleh kebanyakan calon PhD sepanjang proses penulisan tesis dicadangkan dengan strategi yang bersesuaian.
Terdapat 40 bab
penulisan dalam buku ini. Setiap bab disusun berdasarkan tema tertentu. Enam bahagian
utama yang menjadi tema perbincangan penulis untuk mencapai "graduate on
time" PhD ini ialah;
i) Strategi
perancangan awal,
ii) Strategi
persediaan teknikal,
iii) Strategi kekal
bermotivasi,
iv) Strategi
pengurusan bahan,
v) Strategi penulisan
tesis dan
vi) Strategi hadapi viva.
Pelbagai perkongsian strategi dan panduan dalam buku ini diharapkan dapat membantu pelajar bergerak secara terancang dari satu tahap penulisan ke tahap berikutnya. Selain itu, pelbagai strategi yang dikemukakan dalam buku ini diharapkan dapat membantu pelajar mempercepatkan proses penulisan dan menyelesaikan pelbagai masalah semasa penulisan tesis.
Dalam masa yang sama, buku ini juga turut memuatkan maklumat serta kata-kata
semangat untuk membangkitkan motivasi pelajar dari semasa ke semasa.
Di mana
tahap anda sekalipun, buku ini sesuai untuk anda, jika anda:
- bakal menyambung
pengajian,
- baru bermula pengajian,
- di pertengahan pengajian
atau
- hampir ke garisan penamat menemui viva tesis sarjana ataupun PhD.
Siapakah
yang perlu memiliki buku ini?
- Individu yang berniat mahu
menyambung pengajian siswazah
- Individu yang masih mencari
rentak untuk menguruskan perjalanan sarjana dan PhD
- Individu yang ingin memahami
perjalanan proses pembelajaran siswazah dari satu tahap ke tahap
berikutnya
- Individu yang memerlukan
sokongan motivasi dan strategi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
dihadapi dalam pengajian
- Individu yang bakal menghadapi
viva dan sedang membuat persediaan ke arah mempertahankan tesis di hadapan
para penilai
- Akhirnya, individu yang
cintakan ilmu dan meminati dunia pembelajaran sepanjang hayat
(TIDAK TERMASUK KOS POS)
Harga buku: RM35.00 (harga terkini bagi memastikan lebih ramai mendapat manfaat daripada penulisan ini )
* Kos penghantaran lebih daripada sebuah buku: sila whatsapp untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sekiranya anda
berminat untuk mendapatkan buku ini, sila klik link di bawah:
https://bukuGOT.wasap.my
https://bukuGOT.wasap.my
https://bukuGOT.wasap.my
Jika anda berminat untuk menjadi agen juga
boleh. Sangat dialu-alukan kepada para pelajar siswazah dan pensyarah. Hanya
yang benar-benar berminat sahaja boleh klik link di bawah:
bit.ly/2YxQwTX
bit.ly/2YxQwTX
bit.ly/2YxQwTX
Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:
Dr. Nadhilah Abdul Pisal
Akademi Pengajian Bahasa,
Universiti Teknologi
MARA Cawangan Perlis,
Kampus Arau,
02600 Arau,
Perlis, Malaysia.
No. Tel. : 013-2204181 (Whatsapp)
E-mail:
nadhilah@uitm.edu.my
FB akaun: Nadhilah AP
FB Page: Inspirasi
Perjalanan PhD
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment