Thursday, July 18, 2019

Buku "Strategi Graduate On Time PhD" sedia untuk dimiliki


Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Setiap pelajar siswazah pasti mempunyai masalah tersendiri dalam proses pembelajaran sarjana mahupun PhD. Saya juga tidak terkecuali juga seperti itu juga pada suatu ketika dahulu. 


Antara masalah yang biasa berlaku dan sering kedengaran dalam kalangan kita adalah seperti berikut:


Bagaimana mahu kekalkan momentum?

Bagaimana untuk menguruskan masa?
Bagaimana untuk bermula?
Bagaimana untuk menulis?
Bagaimana untuk mengatasi stress?
Bagaimana untuk membuat pembentangan?
Bagaimana untuk siapkan tugasan "on time"?
Bagaimana untuk membuat persediaan viva?
Bagaimana untuk membuat persediaan viva?

Banyak betul persoalan yang timbul. Ada yang langsung tidak terjangka difikiran pun ada.

Persoalan ini akan berulang bagi setiap generasi. Boleh jadi bentuknya berbeza, namun pasti ada sedikit sebanyak persamaan yang boleh dijadikan panduan kepada rakan siswazah yang lain.

Lantaran memikirkan ada sesuatu yang perlu dikongsi bersama rakan seperjuangan yang bertanya, buku "Strategi Graduate on Time PhD" dihasilkan untuk tatapan pembaca sekalian.

Jika ada yang bertanya berapa lama saya menghabiskan pengajian PhD? Jawapannya alhamdulillah saya berjaya selesaikan dalam tempoh tiga tahun.

Perjalanan PhD yang berulang-alik dari Kedah ke Terengganu dalam tempoh tiga tahun sangat berbaloi. Saya juga sempat melahirkan dua orang bayi lelaki dalam tempoh pengajian tanpa penangguhan semester. Ini hanya pengenalan ringkas diri saya.

Apa yang mahu saya katakan kepada anda berdasarkan pengenalan diri yang ringkas ini? Satu sahaja. "Jika saya boleh, anda juga pasti boleh."

Strategi belajar dalam buku ini disusun berdasarkan pengalaman dan pengamatan peribadi penulis sendiri melalui proses pembelajaran PhD dalam masa tiga tahun. Setiap kesukaran yang umumnya dialami oleh kebanyakan calon PhD sepanjang proses penulisan tesis dicadangkan dengan strategi yang bersesuaian. 


Terdapat 40 bab penulisan dalam buku ini. Setiap bab disusun berdasarkan tema tertentu. Enam bahagian utama yang menjadi tema perbincangan penulis untuk mencapai "graduate on time" PhD ini ialah; 

i) Strategi perancangan awal,

ii) Strategi persediaan teknikal, 

iii) Strategi kekal bermotivasi,

iv) Strategi pengurusan bahan, 

v) Strategi penulisan tesis dan 

vi) Strategi hadapi viva. 

Pelbagai perkongsian strategi dan panduan dalam buku ini diharapkan dapat membantu pelajar bergerak secara terancang dari satu tahap penulisan ke tahap berikutnya. Selain itu, pelbagai strategi yang dikemukakan dalam buku ini diharapkan dapat membantu pelajar mempercepatkan proses penulisan dan menyelesaikan pelbagai masalah semasa penulisan tesis. 

Dalam masa yang sama, buku ini juga turut memuatkan maklumat serta kata-kata semangat untuk membangkitkan motivasi pelajar dari semasa ke semasa. 




Di mana tahap anda sekalipun, buku ini sesuai untuk anda, jika anda:

  • bakal menyambung pengajian, 
  • baru bermula pengajian, 
  • di pertengahan pengajian atau 
  • hampir ke garisan penamat menemui viva tesis sarjana ataupun PhD. 

Siapakah yang perlu memiliki buku ini?

  • Individu yang berniat mahu menyambung pengajian siswazah
  • Individu yang masih mencari rentak untuk menguruskan perjalanan sarjana dan PhD
  • Individu yang ingin memahami perjalanan proses pembelajaran siswazah dari satu tahap ke tahap berikutnya
  • Individu yang memerlukan sokongan motivasi dan strategi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dalam pengajian
  • Individu yang bakal menghadapi viva dan sedang membuat persediaan ke arah mempertahankan tesis di hadapan para penilai
  • Akhirnya, individu yang cintakan ilmu dan meminati dunia pembelajaran sepanjang hayat

ISI KANDUNGAN BUKU:

















RUJUKAN

===

HARGA JUALAN 
(TIDAK TERMASUK KOS POS)

Harga buku: RM35.00 (harga terkini bagi memastikan lebih ramai mendapat manfaat daripada penulisan ini )
* Kos penghantaran sebuah buku: RM8 (SM) / RM12 (SS).
* Kos penghantaran lebih daripada sebuah buku: sila whatsapp untuk mendapatkan maklumat lanjut.


===

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan buku ini, sila klik link di bawah: 

https://bukuGOT.wasap.my
https://bukuGOT.wasap.my
https://bukuGOT.wasap.my

Jika anda berminat untuk menjadi agen juga boleh. Sangat dialu-alukan kepada para pelajar siswazah dan pensyarah. Hanya yang benar-benar berminat sahaja boleh klik link di bawah: 

bit.ly/2YxQwTX
bit.ly/2YxQwTX
bit.ly/2YxQwTX

Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:

Dr. Nadhilah Abdul Pisal

Akademi Pengajian Bahasa,

Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis,

Kampus Arau,

02600 Arau,

Perlis, Malaysia.


No. Tel. : 013-2204181 (Whatsapp)

E-mail: nadhilah@uitm.edu.my



FB akaun: Nadhilah AP

FB Page: Inspirasi Perjalanan PhD

 


Terima kasih.